Penebusan Baucar Buku Guru Madani cepat, mudah dengan bantuan Karangkraf

SUBANG JAYA – [DIKEMAS KINI] Penebusan Baucar Buku Guru Madani di Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari Subang Jaya, di sini, berjaya diselesaikan 100 peratus dengan inisiatif Karangkraf yang turun padang bagi memudahkan proses tersebut pada 10 Julai lepas.
Pengetua cemerlang SAM Bestari, Azlina Emam Buhari berkata, pihaknya menyedari keberkesanan kerjasama dengan syarikat penerbitan terbabit dalam pengurusan program seumpama itu.
Katanya, pengalaman tahun lalu menjadi pengajaran apabila penebusan dibuat sendiri oleh pelajar telah menyebabkan banyak isu timbul termasuk berkaitan kata laluan.

"Bagaimanapun, penebusan tahun ini berjalan lancar dan sistematik apabila Karangkraf turun padang ke sekolah membawa senarai dan buku fizikal, sekali gus mempercepatkan urusan.
"Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kerana penebusan berjaya dilaksanakan 100 peratus apabila urusan penebusan kira-kira 60 guru sekolah itu selesai dengan cepat dan mudah dalam tempoh sehari sahaja," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Azlina mengakui, melalui kerjasama itu, guru-guru tidak lagi perlu keluar ke kedai buku atau menempah secara dalam talian, sebaliknya hanya menunggu kehadiran Karangkraf ke sekolah lalu memilih sendiri buku yang diingini.
Justeru, beliau bersetuju kehadiran Karangkraf ke sekolah sangat membantu kerana guru boleh melihat, memilih dan menyemak sendiri buku yang ditawarkan.
Menurut beliau, selain buku pelajaran, Karangkraf turut menyediakan pelbagai pilihan buku motivasi dan rujukan yang bersesuaian dengan minat dan keperluan guru.
"Apabila Karangkraf datang sekolah untuk membantu memudahkan proses penebusan baucar, ia memudahkan dan lebih menyenangkan hati," ujarnya lagi.
inisiatif dilaksanakan bermula 1 Julai lalu sehingga 30 September khusus buat golongan guru mempunyai akaun Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tempoh penebusan semakin hampir dan sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia berminat dialu-alukan untuk menjemput Karangkraf hadir ke lokasi masing-masing bagi membantu secara fizikal dengan menghubungi mereka menerusi nombor 019-2297227 (Nursyamimy) untuk menempah slot kunjungan.
Jadual lawatan Karangkraf untuk penebusan baucar itu masih terbuka dan mereka sedia menambah pasukan jika permintaan meningkat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

