Kementerian Komunikasi bincang kaedah tangani isu 'ticket scalping'

Nie Ching melakukan pemeriksaan kesihatan di salah satu reruai yang disediakan pada program tersebut.
Nie Ching melakukan pemeriksaan kesihatan di salah satu reruai yang disediakan pada program tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Kementerian Komunikasi akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung isu penjualan semula tiket konsert pada harga berlipat ganda atau ticket scalping.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, KPDN kini sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu termasuk berkemungkinan membentangkan satu rang undang-undang berkaitan isu berkenaan.

“Setakat ini kami dimaklumkan KPDN sedang meneliti isu ini dan ada kemungkinan rang undang-undang akan dibentangkan. Bagaimanapun, saya tidak boleh membuat sebarang pengumuman bagi pihak mereka.

“Pihak Kementerian Komunikasi juga telah berbincang bukan sahaja dengan KPDN, malah dengan penganjur acara dan syarikat-syarikat tiket bagi mencari penyelesaian paling sesuai untuk isu ini,” katanya pada sidang media sempena Program Geran Digital PMKS Madani (GDPM), Festival 2025 peringkat negeri Johor di Permas Jaya, pada Ahad.

Nie Ching berkata, pihaknya juga telah mempengerusikan satu sesi perjumpaan bersama wakil daripada KPDN serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membincangkan isu ticket scalping yang dilihat semakin menjejaskan industri hiburan negara.

Katanya, sesi berkenaan diadakan bagi mendengar pandangan dan cadangan daripada agensi terlibat secara langsung dalam pemantauan serta penguatkuasaan penjualan tiket konsert, termasuk mengambil contoh dari negara lain yang telah melaksanakan undang-undang ‘anti-scalping’.

“Isu ini sering timbul apabila melibatkan konsert artis antarabangsa berprofil tinggi seperti G-Dragon, yang menyaksikan permintaan luar biasa sehingga membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab menjual semula tiket pada harga jauh lebih tinggi daripada nilai asal.

“Saya difahamkan, pada konsert G-Dragon, ada individu yang sanggup membayar sehingga lima kali ganda harga tiket berbanding harga asal kerana mereka sangat meminati artis berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!