Jalur Gemilang

No Image Caption
A
A
A

Meskipun negara telah memasuki bulan kebangsaan dan bakal meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-68 pada 31 Ogos tidak lama lagi, suasana kibaran Jalur Gemilang di sekitar ibu negara masih kelihatan hambar dan tidak begitu meriah.

Tinjauan Bernama di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini mendapati, walaupun Jalur Gemilang telah dipasang pada tiang-tiang lampu di sepanjang jalan itu, hanya beberapa premis perniagaan yang menghiasi bangunan mereka dengan bendera kebangsaan.

Keadaan ini agak berbeza dengan suasana di Dataran Merdeka yang terletak berhampiran, apabila kawasan itu sudah pun dipenuhi hiasan Jalur Gemilang dan pelbagai dekorasi bertemakan patriotisme, mewujudkan suasana meriah menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Namun, kemeriahan itu seakan-akan tidak sama dirasai ke Jalan Tuanku Abdul Rahman yang mempunyai nilai sejarah tersendiri, lebih-lebih lagi dinamakan sempena Perdana Menteri pertama negara.

Di Kampung Baru pula yang juga terletak di tengah-tengah ibu kota, suasananya tidak jauh berbeza di mana kelihatan hanya beberapa kediaman di sepanjang lorong-lorong perumahan di sini dilihat menghiasi rumah dan halaman mereka dengan kibaran Jalur Gemilang. Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!