Perak terima pelaburan besar pengeluar EV dari China

Saarani (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah berupa ATV kepada pemenang selepas merasmikan Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Peringkat Daerah Hilir Perak di Sekolah Kebangsaan Permatang, Parit 7B Sungai Manik, Pasir Salak pada Ahad.
Saarani (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah berupa ATV kepada pemenang selepas merasmikan Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Peringkat Daerah Hilir Perak di Sekolah Kebangsaan Permatang, Parit 7B Sungai Manik, Pasir Salak pada Ahad.
A
A
A

PASIR SALAK – Perak bakal menerima satu lagi pelaburan besar dalam sektor automotif di Tanjung Malim selepas sebuah pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China bersetuju memulakan operasi di kawasan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, urusan pembelian tanah bagi projek tersebut telah selesai dan perjanjian antara pihak syarikat dengan pemilik tanah juga sudah dimeterai.

Bagaimanapun katanya, latar belakang syarikat tersebut masih tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Syarikat ini menjadi rebutan banyak pihak, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia. Beberapa negeri lain turut membuat tawaran kepada mereka.

“Kita berjaya memujuk dengan menawarkan insentif serta perkhidmatan mesra pelabur di mana setiap permintaan mereka kita penuhi,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sukan Bendang Komuniti Perak Sejahtera 2030 Peringkat Daerah Hilir Perak di Sekolah Kebangsaan Permatang, Parit 7B Sungai Manik di sini pada Ahad.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Saarani berkata, walaupun jumlah pelaburan belum dimuktamadkan, projek berkenaan dijangka bernilai berbilion ringgit memandangkan ia melibatkan syarikat pesaing utama kepada pelabur automotif yang telah beroperasi di Proton City.

Katanya, kawasan berkeluasan 80.9 hektar yang bakal dibangunkan itu telah disediakan bagi fasa pertama projek berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Tambah Saarani, kesediaan kerajaan negeri mempermudah proses pelaburan menjadi faktor utama syarikat tersebut memilih Perak sebagai lokasi pelaburan strategik mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!