Lelaki Orang Asli maut leher tertusuk sabit dibawa bapa

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki Orang Asli maut selepas lehernya tertusuk sabit dibawa bapanya dalam kemalangan motosikal di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Penderas di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Haniff Abu, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mazlan Hassan
Mazlan Hassan

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave untuk ke kebun sawit.

"Bapa yang membonceng motosikal itu memikul sebilah sabit bergalah panjang di bahunya.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang dua beranak itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh sebelum bilah sabit yang dibawa tertusuk leher mangsa ," katanya dalam kenyataan.

Mazlan berkata, bapa mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian pipi dan telinga kanan.

Artikel Berkaitan:

"Kejadian itu disedari ahli keluarga yang kebetulan melalui kawasan ladang berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!