PM umum bantuan RM2.1 juta kepada Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan

Anwar beramah mesra dengan guru-guru pondok semasa hadir pada Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) Kandis, Bachok pada Jumaat. Foto Sinar Harian HAZELEN LIANA KAMARUDIN

A
A
A

BACHOK - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan sejumlah RM2.1 juta kepada Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Menurut beliau, bantuan tersebut bagi menampung kos baik pulih kerosakan pada pusat pengajian pondok itu dan akan disegerakan dalam beberapa bulan ini.

"Saya telah berjanji dan berbual dengan guru-guru pondok, kita akan usahakan.

"Insya-ALLAH permulaannya, ada kerosakan besar kita luluskan lebih kurang RM2.1 juta untuk segera dalam beberapa bulan ini.

Anwar beramah mesra dengan guru-guru pondok semasa hadir pada Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) Kandis, Bachok pada Jumaat. Foto Sinar Harian HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Anwar beramah mesra dengan guru-guru pondok semasa hadir pada Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) Kandis, Bachok pada Jumaat. Foto Sinar Harian HAZELEN LIANA KAMARUDIN

"Tentunya pondok seperti ini walaupun di bawah YIK, ia memerlukan perhatian dan saya berjanji akan mengusahakannya (sumbangan)," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Sebelum itu beliau hadir pada Program Mahabbah Madani Umara dan Ulama Pondok Kelantan di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) Kandis di sini.

Hadir sama ialah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa yang sama Anwar memberitahu, kerajaan juga akan mengkaji permohonan keseluruhan termasuk sekitar 246 sekolah pondok yang daif di seluruh negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!