Pengiktirafan Is. MPPM bukti kualiti usahawan tempatan

Majlis Pengiktirafan Pakar Industri (Is.) oleh Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada Khamis.
Majlis Pengiktirafan Pakar Industri (Is.) oleh Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) terus komited dalam memperkasakan usahawan tempatan melalui pengiktirafan rasmi kepada tokoh industri yang berjaya.

Presiden Kebangsaan MPPM, Prof Madya Zam ARZ berkata, pengiktirafan Pakar Industri (Is.) diasaskan di bawah Perlembagaan MPPM Fasal 4(i) dengan memberi penghormatan kepada individu dengan pengalaman lebih lima tahun dalam bidang masing-masing.

Katanya, sebagai badan yang berperanan dalam memperkasakan perniagaan dan usahawan Malaysia, inisiatif itu penting bagi menonjolkan usahawan dan profesional tempatan supaya mendapat lebih perhatian di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Pengiktirafan Pakar Industri (IS) membuktikan betapa seriusnya MPPM dalam melahirkan ramai pakar industri berkualiti.

“Kajian MPPM dan rakan-rakan strategik juga menunjukkan bahawa negara maju seperti United Kingdom, Korea Selatan dan Jerman sudah lama menginstitusikan sistem pengiktirafan industri seumpama ini. Jadi Malaysia tidak boleh terus ketinggalan dalam memastikan bahawa pemain industri kita diiktiraf setaraf dengan pentas global.

“Pengiktirafan IS ini diberikan berdasarkan pencapaian di lapangan, bukti kerja dan impak kepada industri serta masyarakat termasuk kepimpinan dalam bidang sektor masing-masing,” katanya ketika berucap ketika Majlis Pengiktirafan Pakar Industri MPPM yang berlangsung pada Khamis.

Sementara itu salah seorang pemain industri yang mendapat pengiktirafan IS dalam bidang Corporate Special Responsibility & Ethics, is Nor Akmal Muhammad berkata, pengiktirafan berkenaan penting kepada usahawan serta profesional tempatan supaya mereka dapat terus maju ke hadapan dengan bukti pencapaian yang cemerlang.

Is. Nor Akmal berbangga selepas diberi pengiktirafan Is. oleh MPPM.
Is. Nor Akmal berbangga selepas diberi pengiktirafan Is. oleh MPPM.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, pengiktirafan IS yang diterima itu lebih membakar semangat untuk terus melaksanakan tanggungjawab korporat serta memberikan sumbangan sosial kepada masyarakat dan industri.

“Pengiktirafan IS daripada MPPM ini dinilai berdasarkan pencapaian, hasil kerja dan kecemerlangan, sebab itulah ia satu penganugerahan berkualiti serta memberikan satu kelebihan kepada usahawan atau profesional yang terpilih.

“Bagi saya pula, pengiktirafan ini besar maknanya selain sebagai pembakar semangat, ia juga memberikan satu pendedahan penting untuk terus maju dalam industri yang saya ceburi.

“Insyallah saya akan terus melaksanakan tanggungjawab korporat serta akan sentiasa memberik sumbangan bakti kepada masyarakat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!