Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam meninggal dunia

SHAH ALAM – Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mat Yasir Ikhsan meninggal dunia awal pagi Jumaat di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 pagi akibat sakit tua. Beliau berusia 78 tahun.
Perkara itu disahkan anak lelakinya, Azwan Mat Yasir, 45, menerusi hantaran di laman Facebook.
Beliau memaklumkan, jenazah bapanya diurus dan disolatkan di Surau Raudhah Al Muttaqin, Seksyen 4, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, selepas solat asar.
"Mohon doa dari jiran dan sahabat untuk arwah. Semoga perjalanannya ke alam barzakh diberkati," katanya menerusi hantaran itu.
Mat Yasir merupakan bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar antara 1999 hingga 2004 serta Parlimen Sabak Bernam pada 2004 hingga 2008.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

