Tarikh akhir pemfailan BNCP dilanjut dua bulan: LHDNM

LHDN
LHDN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tarikh akhir pemfailan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) akan dilanjutkan selama dua bulan daripada tarikh akhir asal yang sebelum ini ditetapkan antara Mac hingga Jun.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, langkah itu diambil bagi memudahkan urusan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula esok dan berakhir pada 31 Mac.

Kenyataan itu menyebut, bagi tujuan pengemukaan BNCP dan pembayaran baki cukai, pembayar cukai disaran menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL.

LHDN turut memaklumkan semua premisnya di seluruh negara akan ditutup sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pembayar cukai yang mempunyai sebarang masalah berhubung isu-isu percukaian, khususnya berkaitan pengisian dan pengemukaan BNCP, boleh membuat pertanyaan melalui panggilan ke Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara). - Bernama

Artikel Berkaitan: