Ejen penapis air terkejut jumpa mayat pelanggan hampir reput

Rutin seorang ejen melakukan penyelenggaraan mesin penapis air membawa kepada penemuan mayat seorang wanita yang hampir reput di sebuah rumah.
Rutin seorang ejen melakukan penyelenggaraan mesin penapis air membawa kepada penemuan mayat seorang wanita yang hampir reput di sebuah rumah.
A
A
A

IPOH – Rutin seorang ejen melakukan penyelenggaraan mesin penapis air membawa kepada penemuan mayat seorang wanita yang hampir reput di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor, di sini pada Khamis.

Menurut Saiful Baharin Aminuddin, 45, dia tiba di rumah mangsa sekitar jam 4.20 petang dan pada mulanya berasa pelik apabila melihat keadaan sekeliling yang dipenuhi semak samun.

“Pada masa sama, saya tercium bau busuk seperti bangkai, menyebabkan saya curiga dan cuba meninjau walaupun pintu berkunci dari dalam.

“Apabila saya mengintai menerusi tingkap bawah yang sudah pecah, barulah saya nampak satu tubuh dalam keadaan terbaring di lantai ruang tamu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Saiful Baharin, dia kemudian menghubungi Balai Polis Chemor untuk memaklumkan penemuan tersebut.

Tambahnya, mangsa yang berusia 67 tahun merupakan pelanggannya dan kali terakhir khidmat penyelenggaraan mesin penapis air dilakukan ialah pada Jun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!