Gangguan bekalan air di tujuh wilayah Selangor, KL

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat berikutan pencemaran bau yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada jam 7 malam ini.

Menurutnya, sehingga jam 8 malam tadi bacaan pencemaran bau masih pada tahap 2 ton.

"Pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut.

"Air Selangor akan menyalurkan maklumat kawasan-kawasan gangguan bekalan kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com," katanya.

Abdul Halem berkata, sepanjang tempoh gangguan bekalan air, pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemat.

Katanya, pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau AppsStore untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

Artikel Berkaitan: