RM1.4 bilion dana 1MDB dikembalikan, RM6.9 bilion dikenal pasti

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Sejumlah RM1.4 bilion dana telah berjaya dikembalikan hasil usaha pasukan khas yang ditugaskan untuk menjejak dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di luar negara, manakala sebanyak RM6.9 bilion lagi telah dikenal pasti.

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam taklimat khas oleh pasukan berkenaan pagi tadi, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini.

Pasukan khas itu terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

PMO berkata, pasukan petugas itu turut memberikan perincian tindakan yang telah dilaksanakan untuk membawa pulang dana 1MDB yang disyaki disalah guna di 17 buah negara.

"Perdana Menteri mengarahkan agar usaha untuk menjejak dan mengembalikan dana 1MDB dari pelbagai negara terus dilaksanakan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: