Lelaki tanam janin bayi teman wanita

Ketiga-tiga suspek, masing-masing berusia 19, 23 dan 24 tahun ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan janin bayi di Bukit Rambai, semalam.
Ketiga-tiga suspek, masing-masing berusia 19, 23 dan 24 tahun ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan janin bayi di Bukit Rambai, semalam.
A
A
A

MELAKA - Tiga lelaki termasuk seorang remaja ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan janin bayi di kawasan sawah padi di Bukit Rambai di sini, semalam.

Perintah tahanan reman sehingga 17 Januari ke atas ketiga-tiga suspek yang masing-masing berusia 19, 23 dan 24 tahun itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Syarina Shaarani bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka ditahan pada hari sama penemuan janin bayi itu selepas seorang penduduk kampung mengecam nombor pendaftaran salah sebuah motosikal dinaiki mereka di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, saksi terserempak suspek yang beredar dari tempat kejadian sebelum dia menemui kesan tanah yang digali.

“Saksi yang curiga menggali semula tanah tersebut dan menjumpai janin dibungkus dalam kain putih pada kedalaman kira-kira satu meter.

“Hasil maklumat yang diperolah, polis membuat tangkapan dan soal siasat mendapati janin tersebut dipercayai milik teman wanita kepada salah seorang daripada mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, wanita terbabit yang berusia 20 tahun kini sedang diperiksa Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Bahagian Kecemasan Hospital Melaka untuk pengesahan kelahiran.

“Wanita terbabit mengakui menyerahkan janin berkenaan kepada teman lelakinya berusia 19 tahun untuk ditanam dan motosikal yang dipercayai digunakan mereka ketika kejadian turut dirampas,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian semalam melaporkan, penduduk Kampung Bukit Rambai di sini gempar berikutan penemuan bungkusan kain putih didakwa mengandungi janin bayi dalam keadaan tertanam di sebuah kawasan sawah padi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Janin bayi ditemui ditanam di sawah padi]

Perkara itu disedari penduduk kira kira jam 8 pagi selepas terlihat kelibat tiga lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan bersama sebatang cangkul dan sebuah kotak berwarna putih ketika mahu mengambil rumput untuk makanan angsa peliharaannya.