Ekspo Dunia 2025

Malaysia yakin dapat mencapai semua sasaran penyertaan dalam Ekspo Dunia 2025 di Osaka, kata Timbalan Pengarah Pavilion, Sekretariat Malaysia bagi acara itu, Nor Haslynda Wan Rahim.
Beliau berkata setakat ini, Pavilion Malaysia telah menarik lebih dua juta pengunjung dan mencatatkan pelaburan berpotensi bernilai lebih RM9.1 bilion sejak ekspo itu bermula pada 13 April, 2025.
“Kita telah melepasi sasaran, berdasarkan sambutan hangat, terutama daripada pengunjung Jepun, terhadap hidangan kulinari kita seperti roti canai dan nasi lemak.
“Menurut tinjauan oleh saluran televisyen Jepun, Pavilion Malaysia dipilih sebagai penyedia pengalaman kulinari terbaik dalam kalangan pavilion antarabangsa,” katanya kepada Bernama semasa lawatan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO). Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
