Mayat ibu, anak tiga tahun ditemui terapung

Mayat seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun ditemukan terapung di perairan berhampiran Jeti Pulau Ketam, di sini pada Rabu.
Mayat seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun ditemukan terapung di perairan berhampiran Jeti Pulau Ketam, di sini pada Rabu.
A
A
A

KLANG – Mayat seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun ditemukan terapung di perairan berhampiran Jeti Pulau Ketam, di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang berada di jeti telah terlihat seorang kanak-kanak terapung di laut sebelum bertindak menyelamatkannya dengan bantuan beberapa orang awam.

Bagaimanapun, sebaik sahaja dibawa naik ke jeti, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Pulau Ketam yang tiba di lokasi bersama anggota polis.

“Tidak lama selepas itu, mayat seorang wanita dewasa turut ditemukan terapung di kawasan berhampiran.

“Wanita tersebut juga disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sejurus dibawa naik ke jeti,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menemukan sebuah beg mengandungi dokumen milik kedua-dua mangsa.

“Siasatan awal mengenal pasti mangsa merupakan wanita tempatan berusia 41 tahun dan anak perempuannya berumur tiga tahun.

Artikel Berkaitan:

“Pemeriksaan awal oleh Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh kedua-dua mangsa,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Polis telah membuka satu kertas siasatan mati mengejut bagi menyiasat kejadian ini,” jelasnya.

Kamalariffin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!