Program air percuma Pahang 1st beri manfaat kepada 38,000 pengguna

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang bersetuju meneruskan pelaksanaan program Rebat Air Makmur (RAM) yang dijenamakan semula dengan nama Program Air Percuma Pahang 1st, selaras dengan pelancaran Aspirasi Pahang 1st, baru-baru ini

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri.

Menurutnya, pelaksanaan program berkenaan adalah berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang semakin baik.

"Pelaksanaan inisiatif ini melibatkan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu (m³) pertama setiap bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti.

“Sebanyak RM7.3 juta setahun diperuntukkan dan ia memberi manfaat kepada kira-kira 38,000 pengguna di negeri ini,” kata dalam satu kenyataan pada Rabu.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri berharap langkah yang diambil akan memastikan golongan sasar tidak terkesan serta dapat menikmati manfaat inisiatif ini.

"Semua pengguna di Pahang dapat mengambil langkah penjimatan penggunaan air dan berusaha mengelakkan pembaziran," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!