'Bincang pelajaran' jadi alasan pelajar universiti dicekup berkhalwat dalam kereta

Anggota penguatkuasa JAINJ ketika operasi menahan pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta.
Anggota penguatkuasa JAINJ ketika operasi menahan pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kereta.
A
A
A

BATU PAHAT – Pasangan kekasih yang juga penuntut di sebuah universiti dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah kereta pada tengah malam Selasa.

Pasangan berkenaan, masing-masing berusia 26 dan 23 tahun, ditahan kira-kira jam 12.35 tengah malam, hasil pemantauan susulan aduan orang awam.

Menurut JAINJ, lelaki yang juga pelajar peringkat sarjana (master) dan wanita pelajar ijazah sarjana muda itu ditahan dalam sebuah kereta bercermin gelap yang diletakkan di lokasi sunyi, dengan enjin dan pendingin hawa masih dihidupkan.

“Siasatan awal mendapati kedua-duanya belum berkahwin dan berasal dari dua negeri berbeza di utara tanah air.

“Ketika ditahan, mereka didapati berada dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak, selain merayu agar tidak dikenakan tindakan dengan alasan sedang berbincang mengenai pelajaran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan pasangan terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, penguat kuasa sebelum ini menerima beberapa aduan mengenai beberapa kenderaan mencurigakan yang di parkir di kawasan terbabit pada lewat malam dengan enjin masih hidup.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!