[VIDEO] Tiga individu didakwa bunuh lelaki tunjuk kemaluan

A
A
A

JASIN - Tiga individu termasuk pemandu lori, pekerja pasar raya dan mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki.

Tertuduh, KKrishnamorthy, 66; Mohd Azmi Mohd. Nor, 34, dan M Yogesvaran, 25, bagaimanapun hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama-sama didakwa bagi mencapai niat bersama telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas K Gunalan, 52.

Ketiga-tiga tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka pada Rabu.
Ketiga-tiga tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka pada Rabu.

Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta depan Tadika Junior Q Bestari, Bandar Jasin Bestari di sini antara jam 7.37 petang sehingga 8.59 malam pada 27 Julai lalu.

Pendakawan terhadap mereka bertiga dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan dan tertuduh diwakili Peguam Amritpal Singh, Datuk Shashi Kumar Kannan dan Mathan Anandaram.

Artikel Berkaitan:

Tiga individu didakwa membunuh seorang lelaki.
Tiga individu didakwa membunuh seorang lelaki.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 September depan sebagai sebutan semula kes.

Sinar Harian pada 28 Julai lalu menyiarkan seorang penganggur maut didakwa dipukul secara beramai-ramai yang berang dengan tindakan mangsa menunjukkan kemaluan di khalayak ramai di parkir sebuah pasar raya.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.30 malam, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah kira-kira 200 meter dari lokasi dia melakukan ganggu seksual itu.

Tiga individu dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Tiga individu dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan awal, tindakan mangsa telah menyebabkan dua individu yang berada di kawasan itu marah lalu memukul lelaki itu sebelum mangsa berjaya melarikan diri ke arah bangunan kedai berdekatan.

Menurutnya, mangsa yang beralamat di Kesang, Jasin kemudian berlari ke arah semak selain turut melintasi parit yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi pertama sebelum dia bertindak agresif namun berjaya ditahan orang ramai.

"Akibat kecederaan yang dialami mangsa meninggal di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!