Australia cipta vaksin penyakit kuku dan mulut pertama di dunia untuk lindungi ternakan

Australia bangunkan vaksin mRNA pertama dunia bagi penyakit kuku dan mulut untuk ternakan. Foto hiasan 123RF
Australia bangunkan vaksin mRNA pertama dunia bagi penyakit kuku dan mulut untuk ternakan. Foto hiasan 123RF
A
A
A

CANBERRA - Sekumpulan ahli sains di New South Wales membangunkan vaksin mRNA pertama di dunia yang direka khusus untuk melindungi ternakan daripada penyakit kuku dan mulut (FMD), iaitu penyakit virus yang sangat mudah berjangkit dan menjadi ancaman utama kepada sektor penternakan.

Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), vaksin FMD ini adalah vaksin mRNA yang sepenuhnya bersifat sintetik, menjadikannya lebih selamat serta boleh dihasilkan dengan lebih pantas.

Pembangunan vaksin baharu ini adalah sebahagian pelan biosekuriti bernilai AS$1 bilion oleh kerajaan Premier New South Wales Chris Minns yang bertujuan melindungi sektor ternakan negeri yang bernilai US$8 bilion serta mengukuhkan keselamatan makanan negara.

Vaksin ini hanya mengambil masa kurang daripada 18 bulan untuk dibangunkan dan menelan belanja kira-kira AS$2.5 juta. - Bernama-WAM

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!