Jelajah orang Johor kembali! Bukit Naning gegar dengan aktiviti meriah

Mohd Fuad (kiri) dan Onn Hafiz mengajak orang ramai menyertai Program JOJ DUN Bukit Naning 2025 yang dijadual berlangsung di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam esok.
Mohd Fuad (kiri) dan Onn Hafiz mengajak orang ramai menyertai Program JOJ DUN Bukit Naning 2025 yang dijadual berlangsung di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam esok.
A
A
A

MUAR – Pelbagai aktiviti menarik disediakan sempena Program Jelajah Orang Johor (JOJ) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning 2025 yang dijadual berlangsung di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam esok.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin, program yang bakal bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu merupakan inisiatif murni yang digerakkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam usaha membawa kerajaan lebih dekat dengan rakyat.

“Lebih enam lokasi program dan puluhan aktiviti menarik menanti para pengunjung, dan kita mengharapkan agar semua lapisan masyarakat dapat hadir untuk memeriahkan lagi program JOJ ini.

“Secara keseluruhannya, program ini akan membantu mengeratkan silaturahim, menghidupkan semangat kekampungan dan menjayakan agenda Johor Berkemajuan bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

Sempena program tersebut, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung antaranya Semarak Subuh dan tazkirah, fun ride sejauh 25 kilometer (km), Jualan Rahmah dan jualan agrotempatan, sukan rakyat, sukaneka komuniti serta bengkel pendidikan untuk pelajar dan ibu bapa.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sempena Program JOJ DUN Bukit Naning 2025 di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam esok.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sempena Program JOJ DUN Bukit Naning 2025 di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam esok.

Orang ramai juga boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, selain menyertai pertandingan memasak, gubahan dan mewarna, serta cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah motosikal dan pelbagai hadiah menarik lain.

Selain itu, sempena program JOJ kali ini, pengunjung turut berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15 peratus bagi pembelian buku-buku terbitan Karangkraf seperti novel dan lain-lain di reruai Sinar Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Mereka juga boleh memiliki naskhah al-Quran dengan diskaun sebanyak 15 peratus.

Sementara itu, Mohd Fuad berkata, program tersebut merupakan peluang terbaik untuk masyarakat setempat menikmati pelbagai perkhidmatan serta mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Justeru, katanya, orang ramai diminta tidak melepaskan peluang untuk menyertai hari penuh kemeriahan ini bersama keluarga dan komuniti setempat.

“Inilah masanya untuk kita bersantai, beriadah dan sama-sama menyemarakkan semangat dalam suasana yang penuh ceria.

“Malah, aktiviti yang disusun juga bersesuaian bukan hanya untuk golongan dewasa, malah sesuai untuk belia, kanak-kanak dan warga emas.

“Bawalah anak-anak, saudara-mara dan rakan-rakan. Kita hidupkan semangat Johor Berkemajuan dari akar umbi di Bukit Naning,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!