Wajarkah melancong keluar negara ketika Covid-19?

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KHABARNYA ada segelintir orang mengambil kesempatan untuk melancong ke luar negara kerana harga tiket penerbangan murah ketika ini.

Jika benarlah perkara ini berlaku, maka Merak Jalanan merasakan bahawa ketika ini bukanlah waktu yang sesuai untuk melancong.

Risiko yang diambil begitu tinggi dan kerana jika terkena jangkitan Covid-19 ini bukan sahaja diri yang merana tetapi orang yang di sekeliling kita turut jadi mangsa.

Nasihat Merak Jalanan, janganlah penting diri sendiri, semurah mana pun tiket penerbangan, fikirkan dulu risiko yang bakal ditanggung.

Seorang kawan Merak Jalanan beritahu, sebenarnya harga tiket tidaklah murah seperti yang dikhabarkan. Harga tetap sama seperti sebelum Covid-19.

Jika hendak juga ke luar negara, mungkin perlu hanya dihadkan kepada perkara yang penting dan mendesak sahaja tetapi bukan untuk melancong.

Jumlah kes yang dicatatkan di seluruh dunia kini ialah sebanyak 162,711 kes dan jumlah kematian sebanyak 6,443. Sementara di Malaysia, jumlah keseluruhan positif sebanyak 553 kes.

Dengan perkembangan ini, sudah sampai masanya seluruh rakyat berhati-hati dan mengambil langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Kejayaan untuk menghapuskan wabak ini bermula daripada diri kita sendiri dan bukan semata-mata mengharapkan usaha pihak lain.

Apa guna pihak lain bermati-matian tetapi kita sendiri tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku.

Merak Jalanan merayulah kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama melawan Covid-19.