RMK13: Sektor tenaga, air komponen penting majukan negara - Fadillah

Fadillah
Fadillah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi fokus kepada sektor tenaga dan air sebagai komponen penting dalam usaha memajukan negara serta kesejahteraan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini bermakna agenda kerajaan tertumpu pada keterjaminan bekalan tenaga dan kelestarian alam sekitar sekali gus memastikan bekalan tersebut mampu dibiayai oleh semua sektor negara ini.

“Sebab itu banyak diumumkan (dalam RMK13), salah satunya pendekatan baharu kita dalam pasaran tenaga berdasarkan mekanisme yang lebih inovatif.

"Semalam (Rabu) kita bentangkan rang undang-undang (RUU) di mana kita perkenalkan eksport bagaimana kita mahu menguruskan tenaga termasuk eksport tenaga boleh baharu.

"Selain itu, kita juga memperkenalkan inisiatif membawa rakyat menggunakan tenaga lebih berhemah, cekap dan akhirnya berpindah kepada tenaga yang lebih lestari untuk memastikan alam sekitar terjamin," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat di inis pada Khamis.

Ujar Fadillah, selain sektor tenaga dan air, tumpuan juga diberikan kepada tenaga nuklear yang mana ia merupakan salah satu faktor diberi kajian secara teliti ketika ini.

Menurutnya, pelaksanaan kajian terhadap tenaga baharu itu bertujuan bagi menentukan sama ada ia dapat diperkenalkan di negara ini dan mampu digunakan sebagai alternatif bekalan tenaga lebih cekap.

“Buat masa ini tenaga baharu kita adalah yang lebih bercorak kepada solar dan sebagainya, tetapi kita memerlukan tenaga yang lebih bersih.

“Tenaga nuklear adalah salah satu yang kita (sedia untuk) dipertimbangkan," menurutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!