Harga 1,010 produk makanan dan minuman di Jepun naik Ogos ini

Kenaikan harga barangan makanan dan minuman di Jepun pada bulan Ogos dijangka paling ketara melibatkan produk tenusu seperti susu dan yogurt, menurut firma penyelidikan pasaran, Teikoku Databank. Foto Agensi
Kenaikan harga barangan makanan dan minuman di Jepun pada bulan Ogos dijangka paling ketara melibatkan produk tenusu seperti susu dan yogurt, menurut firma penyelidikan pasaran, Teikoku Databank. Foto Agensi
A
A
A

TOKYO – Sebanyak 1,010 jenis produk makanan dan minuman di Jepun dijangka mengalami kenaikan harga di mulai Ogos ini, dengan produk tenusu seperti susu dan yogurt antara paling terkesan.

Menurut laporan firma penyelidikan Teikoku Databank pada Khamis, seramai 195 pengeluar utama makanan dan minuman Jepun akan menaikkan harga bagi produk masing-masing sepanjang bulan tersebut.

Kenaikan ini mewakili peningkatan 1.5 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus menandakan bulan kelapan berturut-turut berlaku peningkatan harga makanan dan minuman di negara itu.

Antara syarikat utama yang terlibat ialah pengeluar tenusu terkemuka, Megmilk Snow Brand, yang bakal menaikkan harga runcit disyorkan untuk 59 produknya termasuk susu Oishii Gyunyu antara 2.7 hingga 7.4 peratus.

Syarikat Morinaga Milk Industry pula akan menaikkan harga bagi 53 produk termasuk susu kotak dan rangkaian yogurt Bifidus.

Secara keseluruhan, sebanyak 19,416 produk makanan dan minuman telah mengalami kenaikan harga sejak awal tahun ini.

“Kami menjangkakan jumlah tahunan bagi barangan yang mengalami kenaikan harga akan melepasi 20,000 buat kali pertama dalam tempoh dua tahun,” kata seorang pegawai Teikoku Databank yang terlibat dalam penyelidikan itu.

Syarikat penyelidikan itu turut meramalkan lebih 3,000 lagi produk makanan dan minuman akan mengalami kenaikan harga pada Oktober ini — kali pertama peningkatan besar-besaran berlaku sejak April lalu. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!