Trump beri isyarat tarikh akhir bagi gencatan senjata Ukraine tamat dalam 12 hari

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

EDINBURGH - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi bayangan bahawa tarikh akhir terbaharu beliau untuk Presiden Rusia, Vladimir Putin menyertai meja rundingan berhubung serangan ke atas Ukraine adalah antara 10 hingga 12 hari, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Presiden AS itu sebelum ini mengumumkan bahawa beliau akan memajukan satu tarikh akhir untuk Rusia bersetuju melaksanakan gencatan senjata dengan Ukraine, ketika beliau bertemu Perdana Menteri Britain Keir Starmer di Scotland.

Ketika ditanya pemberita mengenai tempoh tarikh akhir yang ditetapkan, Trump berkata: "Saya akan menetapkan tarikh akhir baharu sekitar 10 atau 12 hari dari hari ini.

"Tiada sebab untuk terus menunggu,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!