Reruai Sinar Harian jadi tumpuan, pengunjung abadikan momen keluarga

Pengunjung Karnival Siang Malam Karangkraf berpeluang bergambar di kiosk foto di reruai Sinar Harian. Gambar kecil dari kiri: Nur Azyan, Syed Mohd Zulfazli, Nurul Riduan
Pengunjung Karnival Siang Malam Karangkraf berpeluang bergambar di kiosk foto di reruai Sinar Harian. Gambar kecil dari kiri: Nur Azyan, Syed Mohd Zulfazli, Nurul Riduan
A
A
A

SHAH ALAM – Pengunjung Karnival Siang Malam Karangkraf mengambil kesempatan mengabadikan kenangan bersama keluarga dengan bergambar di kiosk foto di reruai Sinar Harian.

Suri rumah, Nur Azyan A Zarin, 36, berkata, ia merupakan salah satu cara untuk mencipta momen manis bersama anak-anak sambil menikmati suasana meriah karnival yang berlangsung.

“Kami sekeluarga memang suka bergambar dan dengan adanya ‘photo booth’ ini, kami dapat abadikan kenangan datang ke karnival ini.

“Selain itu, reruai lain seperti Go-Kart juga menarik kerana saya suka mencuba sesuatu yang mencabar dan aktiviti lasak.

“Namun setakat ini saya masih belum berkesempatan mencuba Go-Kart kerana masih mahu meronda sekitar karnival,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Ujar Nur Azyan, dia turut memasuki salah satu tarikan utama karnival iaitu ‘Rumah Hantu’ bersama keluarganya.

“Saya datang ke karnival ini sebab ada Rumah Hantu. Itu yang menarik minat kerana saya memang penggemar cerita seram.

“Perasaan saya memang seronok hadir ke karnival ini, lebih-lebih lagi pada hujung minggu kerana saya boleh bawa ahli keluarga sekali. Walaupun ramai orang, tetapi tetap menyeronokkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Reruai Sinar Harian menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung termasuk permainan Bantuan Untuk Anda (B4U) dan Baca Berita Ekstrem.
Reruai Sinar Harian menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung termasuk permainan Bantuan Untuk Anda (B4U) dan Baca Berita Ekstrem.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Syed Mohd Zulfazli Syed Omar, 31, turut mencuba nasib dengan menyertai peraduan Teka Tutup Botol dalam Balang di reruai Sinar Harian.

Syed Mohd Zulfazli yang juga pegawai penyelenggaraan di sebuah syarikat swasta berkata, penyertaan dalam peraduan itu bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang kepada pengunjung untuk membawa pulang hadiah lumayan.

“Ini kali pertama saya sertai permainan seperti ini, di mana kita perlu meneka berapa banyak penutup botol yang terdapat dalam balang. Sekadar mencuba nasib sahaja, siapa tahu rezeki berpihak kepada saya.

“Sebelum ini pun saya pernah hadir ke karnival yang dianjurkan oleh Karangkraf. Perasaannya memang teruja kerana isteri dan anak-anak juga seronok melihat suasana,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Program Reruai Sinar Harian, Nurul Riduan Nor Ashaha berkata, sempena hari terakhir penganjuran karnival tersebut, reruai Sinar Harian menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung termasuk permainan Bantuan Untuk Anda (B4U) dan Baca Berita Ekstrem.

“Reruai kita ini sebenarnya sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-19 Sinar Harian. Semua aktiviti yang kita anjurkan adalah tanda penghargaan kepada para pembaca.

“Diharapkan pengunjung hadir beramai-ramai dan mencuba pelbagai aktiviti menarik bukan sahaja di reruai Sinar Harian, tetapi juga di seluruh kawasan karnival ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!