Mukhriz cabar Muhyiddin untuk jawatan Presiden Bersatu

Gambar dari kiri: Muhyiddin, Mukhriz
Gambar dari kiri: Muhyiddin, Mukhriz
A
A
A

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah antara dua calon yang mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Presiden Bersatu dalam pemilihan dijadualkan Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar berkata, untuk jawatan Presiden Bersatu terdapat tiga calon bertanding iaitu Mukhriz dan Mohd Faiz Azlee Sham serta Muhyiddin yang mempertahankan jawatan disandangnya.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula menjadi calon tunggal menghantar borang pencalonan sebagai pengerusi parti berkenaan.

Syed Hamid (tengah) pada majlis pendaftaran pencalonan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi, Wanita dan Pemuda parti itu di ibu Pejabat Bersatu hari ini.
Syed Hamid (tengah) pada majlis pendaftaran pencalonan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi, Wanita dan Pemuda parti itu di ibu Pejabat Bersatu hari ini.

“Dr Mahathir Mohamad bertanding balik jawatan sebagai pengerusi. Tak nampak calon lain,” katanya pada majlis pendaftaran pencalonan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi, Wanita dan Pemuda parti itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu selain Anas Akashah Nazri.

“Kita berharap pemilihan akan berlaku dalam suasana yang baik dan tenang. Kita ada 189 bahagian yang layak bersidang.

"Bagaimanapun tarikh persidangan yang sepatutnya berlangsung pada 18 April depan tetapi ditangguhkan atas arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Zulkifli Alwi.

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dicabar Muzzammil Ismail dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal dan Ahmad Kamal.

Bagi jawatan Ketua Srikandi Bersatu, Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Mohd Harun akan dicabar Azlina Mehtab Mohd Ishaq, Zuhuraina Makmur dan Datin Iza Ismail.

Pada pemilihan kali ini i seramai 204 individu menghantar borang pencalonan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam pemilihan dijadual akan berlangsung pada Jun depan itu.