Lelaki ditahan kes rogol jiran usia 16 tahun

Suspek ditahan selepas didakwa merogol seorang remaja yang juga jirannya dalam kejadian di sebuah kampung di Tawau.
Suspek ditahan selepas didakwa merogol seorang remaja yang juga jirannya dalam kejadian di sebuah kampung di Tawau.
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan yang juga jirannya dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini pada Rabu lalu.

Suspek berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh kasar itu ditahan pada Khamis, iaitu pada hari yang sama mangsa berusia 16 tahun tersebut membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa pada awalnya memaklumkan kejadian itu kepada rakannya.

"Rakannya yang bersimpati dengan nasib mangsa kemudian membawa remaja tersebut ke balai polis untuk membuat laporan.

"Bertindak atas laporan berkenaan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dengan bantuan polis bantuan berjaya mengesan suspek di sebuah rumah di kawasan ladang,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Tambah beliau lagi, siasatan awal mendapati suspek dan mangsa tidak mempunyai sebarang hubungan, namun mereka tinggal berjiran.

"Suspek dipercayai tinggal di belakang rumah mangsa. Dalam tangkapan itu, polis turut merampas sepasang pakaian yang disyaki digunakan oleh suspek semasa kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!