'Tunggu ucapan saya pada Ahad nanti' - Hajiji

Hajiji bersama jentera penerangan Gagasan Rakyat ketika merasmikan Seminar Penerangan: Gasak 17, Inilah masanya di SICC, Kota Kinabalu.
Hajiji bersama jentera penerangan Gagasan Rakyat ketika merasmikan Seminar Penerangan: Gasak 17, Inilah masanya di SICC, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor memberi bayangan akan membuat pengumuman penting berkaitan hala tuju parti itu pada kemuncak Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dijadual berlangsung Ahad ini.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, persidangan telah dimulakan dengan pertemuan bersama Ketua-Ketua Penerangan parti daripada setiap bahagian di semua peringkat.

"Tunggu saja ucapan saya pada hari Ahad nanti," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penerangan: Gasak 17, Inilah masanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada akan terdapat sebarang ketetapan besar yang bakal diumumkan khususnya melibatkan hala tuju parti dalam mesyuarat tahunan tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai amanat yang disampaikan kepada jentera penerangan tersebut, Hajiji menegaskan bahawa seluruh jentera perlu digerakkan secara menyeluruh bagi menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kita gerakkan kita punya jentera, bagi penjelasan tentang perjuangan parti, tentang apa yang telah dilakukan dan dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini. Itu mesti diterangkan kepada rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai strategi komunikasi yang akan dilaksanakan oleh Jentera Penerangan parti dalam menghadapi PRN serta isu-isu politik semasa, Hajiji menjelaskan bahawa setiap lapisan jentera perlu memainkan peranan secara aktif.

“Inilah yang kita minta mereka supaya aktifkan semua jentera ini, di semua peringkat," tekannya sekali lagi.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!