Kerjasama NAFAS-KADA tingkat kecekapan agihan

Khalid (duduk, tengah) bersama tetamu dan peserta Program Tautan Tani.
Khalid (duduk, tengah) bersama tetamu dan peserta Program Tautan Tani.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerjasama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mampu memperkukuh sektor pertanian dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan negara.

Usaha itu juga dapat memantapkan rantaian bekalan makanan dan kaedah pertanian lebih tersusun dan strategik.

Pesawah di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Tumpat, Mohd Zaidi Abdul Rahman, 45,  mengakui mereka dapat meningkatkan ilmu mengenai kaedah tanaman padi dan penggunaan baja.

MOHD ZAIDI
MOHD ZAIDI

Mohd Zaidi yang berpengalaman selama 33 tahun sebagai pesawah berkata, banyak fasiliti yang disediakan oleh NAFAS mampu menyelesaikan masalah mereka.

"NAFAS banyak berfungsi sebagai pemudah cara kami jika ada masalah berhubung pertanian melibatkan tanaman padi," katanya ketika ditemui pada Program Tautan Tani NAFAS anjuran bersama KADA di sini, pada Khamis.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi  KADA, Khalid Abd Samad. Hadir sama  Timbalan Pengurus Besar (Operasi)  NAFAS, Saripol Baharin Karim dan  Pengurus Besar KADA, Mohd Faizul  Mustafa.

Sementara itu, seorang pesawah wanita dari PPK Puteri Saadong, Normah Abdullah, 57, memuji usaha NAFAS yang mengagihkan baja berkualiti tinggi.

Artikel Berkaitan:

NORMAH
NORMAH

"Kami sentiasa menerima maklumat terkini melalui KADA dan NAFAS supaya tidak ketinggalan dalam pertanian," katanya.

Normah yang menjadi ahli PPK sejak berusia 18 tahun banyak menerima bantuan penternakan dan pertanian daripada kedua-dua pihak.

Bagi Ruhiddin Hamzah, 55, yang mengambil alih sawah milik keluarga sejak berusia 21 tahun bersyukur kerana kini menjadi sumber rezeki utamanya.

 RUHIDDIN
 RUHIDDIN

Menurut Ruhiddin, subsidi baja yang disediakan NAFAS juga antara manfaat penting yang menggalakkannya meneruskan bidang pertanian.

Sementara itu, Khalid berkata, kerjasama Program Tautan Tani penting kerana menjadi platform yang mampu memperkukuhkan hubungan antara agensi serta memartabatkan sektor pertanian negara secara keseluruhannya.

Jelas beliau, dalam usaha memastikan keterjaminan makanan bagi rakyat di negara ini, sudah pasti kebergantungan bersama di antara KADA dan NAFAS merupakan satu langkah  yang tepat.

No Image Caption

"Saya yakin gabungan kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki KADA dan NAFAS mampu menjadikan impian kita untuk memastikan keterjaminan makanan negara dapat dicapai," katanya.

Jelas beliau, keupayaan membangunkan kawasan dan modal insan oleh KADA serta kekuatan logistik dan rantaian bekalan input pertanian oleh NAFAS mampu mewujudkan satu ekosistem pertanian yang lebih mampan, produktif dan berdaya saing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!