Tiga remaja diberkas kes sumbat lelaki dalam lori kerana hutang

Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki tempatan dibawa lari tiga individu dengan menaiki sebuah lori.
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki tempatan dibawa lari tiga individu dengan menaiki sebuah lori.
A
A
A

SUBANG JAYA -Tiga lagi lelaki ditahan bagi siasatan kes melarikan mangsa yang disumbat ke dalam sebuah lori, susulan pergaduhan di tengah jalan di Jalan Persiaran Puchong Permai di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ketiga-tiga individu berusia lingkungan 18 hingga 19 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam, Khamis.

“Mereka ditahan di sekitar Hulu Selangor dan Puchong.

“Polis turut merampas pakaian serta telefon bimbit milik mangsa untuk siasatan lanjut,” katanya pada Jumaat.

Dalam insiden yang berlaku pada Selasa, masalah hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki dilarikan oleh sekumpulan individu selepas dia disumbat ke dalam sebuah lori.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.38 petang, berkaitan pergaduhan di tepi jalan Persiaran Puchong Permai.

Susulan itu, seorang suspek lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah lampau dan turut memiliki tatu dipercayai lambang ahli kongsi gelap, telah ditahan oleh polis di tepi jalan SS 19, Subang Jaya kerana disyaki terbabit dalam kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!