Tawar kalungan bunga, tip RM2,000

Wan Mohammed Saupee (kanan) memeriksa dokumentasi semasa serbuan di pusat hiburan di Kuala Lumpur pada Khamis.
Wan Mohammed Saupee (kanan) memeriksa dokumentasi semasa serbuan di pusat hiburan di Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kalungan bunga dengan bayaran tip sehingga RM2,000 kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Kuchai Lama, di sini terbongkar pada Khamis.

Serbuan Op Gegar kira-kira jam 11.30 malam itu dijalankan oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pemeriksaan di premis itu turut menemui kalungan bunga dengan nilai tip berbeza, bermula dari RM100 hingga RM2,000.

“Seramai enam wanita disyaki GRO ditahan iaitu tiga warga Thailand dan tiga warga Vietnam, selain empat lelaki warga Taiwan, lima lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga China.

“Turut ditahan seorang wanita warganegara Malaysia yang disyaki berperanan sebagai pengurus kelab berkenaan,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Beliau berkata, kesemua warga asing ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, warga tempatan yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!