Coca-cola perkenal Coke gula tebu

Coke Mexico yang berada di beberapa pasaran AS pada harga premium menjadi pilihan pengguna kerana rasanya lebih asli. Foto Agensi
Coke Mexico yang berada di beberapa pasaran AS pada harga premium menjadi pilihan pengguna kerana rasanya lebih asli. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Coca-Cola pada Selasa mengumumkan bahawa syarikat itu bakal memperkenalkan versi minuman ringan yang menggunakan gula tebu keluaran Amerika Syarikat (AS), seperti diarahkan oleh Presiden, Donald Trump.

“Ia bakal berada di pasaran pada musim luruh ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), James Quincey.

Produk baharu itu akan menjadi alternatif kepada formula standard syarikat berkenaan yang menggunakan sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS) sebagai pemanis, yang telah sekian lama dikritik oleh Setiausaha Kesihatan, Robert F Kennedy.

Quincey bagaimanapun memaklumkan bahawa Coke dalam versi sirap jagung tradisional akan kekal di pasaran, manakala formula menggunakan gula tebu ditawarkan sebagai pilihan berasingan.

Difahamkan, Coke Mexico yang telahpun menggunakan gula tebu sudah berada di beberapa pasaran AS pada harga premium dan menjadi pilihan kebanyakan pengguna kerana rasanya yang lebih asli.

Trump sebelum ini tidak menjelaskan apa yang mendorong beliau mengeluarkan arahan sedemikian, walaupun langkah itu tidak akan menjejaskan minuman kegemarannya, Diet Coke.

HFCS meraih populariti pada 1970-an susulan subsidi kerajaan AS untuk jagung dan tarif tinggi ke atas gula yang diimport. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!