15 September diisytihar sebagai hari kelepasan am tambahan - PM

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIEKMAS KINI] Perdana Menteri mengumumkan 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Menerusi siaran langsung sempena pengumuman penghargaan luar biasa untuk rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hari kelepasan itu bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. 

"Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalin silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara," katanya pada Rabu. 

Hari Malaysia disambut setiap 16 September setiap tahun dan ia menjadi cuti umum sejak 2010. 

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan mempertingkat peruntukan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) sekali ganda kepada RM600 juta bagi memperbanyakkan capaian. 

"Peruntukan tambahan ini antaranya akan menambah kekerapan dan memperluas jumlah lokasi di seluruh negara meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri 

selain memperbanyak jenis barangan untuk memberi pilihan yang lebih meluas kepada rakyat," katanya. 

PJRM dilancarkan di bawah inisiatif Payung Rahmah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak 2023 untuk menyediakan barangan asas pada harga lebih rendah, melalui gabungan kerjasama pasar raya, koperasi, platform bergerak dan lokasi promosi tetap di seluruh negara.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!