Acara berjalan kaki sempena sambutan Hari Sarawak

A
A
A

Seramai kira-kira 500 orang menyertai acara berjalan kaki sejauh empat kilometer sempena sambutan Hari Sarawak yang berlangsung hari ini. Peserta berjalan sambil membawa bendera Ibu Pertiwi merentasi Jambatan Darul Hana berhampiran Tebingan Sungai Kuching, mencerminkan semangat cinta akan negeri dan jati diri rakyat Sarawak.

Acara ini dianjurkan secara bersama oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP). Sambutan Hari Sarawak yang diraikan pada 22 Julai setiap tahun bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’, menjadi lambang perpaduan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!