SPRM tahan 5 pegawai PBT, didakwa terima rasuah sejak 2022

KOTA KINABALU – Lima pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima wang rasuah hampir RM200,000 daripada beberapa kontraktor sejak tiga tahun lalu.
Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, sekitar jam 7 malam pada Selasa.
Kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak tahun 2022 hingga kini, melibatkan beberapa kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di PBT berkenaan dan mempunyai kaitan langsung dengan tugas rasmi lima pegawai terbabit.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan semua suspek.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Sandakan untuk permohonan reman esok,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
