Jenazah Ahmad Firdaus Iqbal selamat dikebumikan

PASIR GUDANG - Jenazah kanak-kanak lelaki, Ahmad Firdaus Iqbal, 7, yang lemas di kolam renang rumah inap sebuah kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, Melaka pada Ahad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, pada petang Selasa.
Urusan pengebumian jenazah disempurnakan pada jam 3.50 petang. setelah solat jenazah di Surau Taman Sierra Perdana.
Dalam kejadian Sabtu lalu, Ahmad Firdaus Iqbal ditemukan lemas di kolam renang oleh orang awam sekitar jam 9.45 pagi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani, anggota bomba bertindak pantas memberikan bantuan pernafasan cardiopulmonary resuscitation (CPR), sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka.
Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Kanak-Kanak Hospital Melaka kerana mengalami kegagalan fungsi otak selain bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, setelah lebih 48 jam bertarung nyawa, anak bongsu daripada dua beradik itu menghembuskan nafas terakhirnya, pada Selasa, di Hospital Melaka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
