Tambak Johor

Tinjauan di sekitar Tambak Johor mendapati operasi bas kembali berjalan lancar seperti biasa, dan tiada kelihatan rakyat Malaysia yang berjalan kaki merentas tambak susulan insiden pagi tadi.
Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan keadaan sesak di sekitar Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sekitar 5.30 pagi, dipercayai berpunca daripada gangguan perkhidmatan bas susulan tindakan mogok oleh pemandu bas.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh ketika dihubungi Bernama malam ini mengesahkan insiden yang berlaku di BSI awal pagi tadi.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan telah melakukan lawatan selama dua jam ke BSI bermula jam 4 pagi bersama pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura serta operator-operator bas awam bagi memantau operasi kaunter dan perkhidmatan bas. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
