14 buah kedai 100 tahun terbakar

Pelbagai premis termasuk makanan, kedai pakaian aksesori telefon bimbit, runcit dan motosikal telah terbakar hampir 90 peratus.
Pelbagai premis termasuk makanan, kedai pakaian aksesori telefon bimbit, runcit dan motosikal telah terbakar hampir 90 peratus.
A
A
A

JASIN - sebanyak 14 buah pintu rumah kedai papan berusia 100 tahun termasuk enam yang masih beroperasi di Pekan Simpang Bekoh musnah dalam kebakaran di sini pada Isnin.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba ll, Saiful Nazri Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.57 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan Jasin Bestari bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setiba di lokasi pihaknya mendapati struktur bangunan jenis kayu yang melibatkan pelbagai premis termasuk makanan, kedai pakaian aksesori telefon bimbit, runcit dan motosikal telah terbakar hampir 90 peratus.

"Operasi pemadaman segera dilakukan menggunakan empat aliran hos, masing-masing dua daripada jentera BBP Jasin dan BBP Jasin Bestari.

"Selain itu kerja-kerja overhaul mendapat bantuan lori tangki air dari BBP Ayer Keroh dan BBP Bukit Gambir," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Ujarnya, operasi memadam kebakaran menghadapi sedikit kesukaran dalam berikutan tekanan air yang rendah di kawasan berkenaan.

"Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi masih lagi diteruskan," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!