Rafizi, Nik Nazmi berpindah ke Blok D Dewan Rakyat

Kedudukan Ahli Parlimen di Blok D, Dewan Rakyat.
Kedudukan Ahli Parlimen di Blok D, Dewan Rakyat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kedudukan tempat duduk Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad di Dewan Rakyat telah ditukar ke Blok D di Dewan Rakyat.

Berdasarkan laman web Parlimen Malaysia, blok D dikhususkan untuk barisan penyokong kerajaan.

Rafizi kini berpindah ke barisan ketiga blok D dan duduk bersebelahan Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow manakala Nik Nazmi juga di barisan ketiga, duduk bersebelahan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Blok D turut menempatkan beberapa pemimpin kanan iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Ahli Parlimen Bandar Tun Razak), bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan) dan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Ahli Parlimen Semporna).

Rafizi sebelum ini ditempatkan di barisan hadapan Blok B bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang duduk di Blok A.

Blok A dan B dikhaskan untuk menteri dan timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan, Blok C untuk Ahli Parlimen kerajaan, Blok E untuk Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan lain-lain manakala Blok F dan G untuk Ahli Parlimen PN.

Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi, bekas Menteri Alam Sekitar dan Kelestarian Alam telah meletakkan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai selepas mereka tewas pada PKR 2025 baru-baru ini.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi kalah pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!