RPO kesan akaun palsu papar kenyataan, wajah Agong

Royal Press Office mengesan terdapat satu kenyataan palsu yang sedang tular di media sosial bersama gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Royal Press Office mengesan terdapat satu kenyataan palsu yang sedang tular di media sosial bersama gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
A
A
A

SHAH ALAM – Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan satu kenyataan palsu yang sedang tular di media sosial bersama gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Royal Press Office menegaskan bahawa kenyataan yang dipaparkan dalam imej berkenaan adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang disebarkan melalui akaun-akaun palsu ini,” menurut hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi agensi berkenaan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!