Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pempengaruh nafi hina Agong, dakwa jadi mangsa akaun palsu

18 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Pempengaruh media sosial, Goh Khai Seng, 40, berharap agar pihak berkuasa dapat membantu membersihkan semula namanya susulan satu hantaran di laman facebook yang menggunakan nama serta gambarnya dikesan memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Menurutnya, hantaran tersebut merupakan akaun palsu daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723600/berita/semasa/pempengaruh-nafi-hina-agong-dakwa-jadi-mangsa-akaun-palsu

#SinarHarian #BeritaSemasa #nafihinaagong