Wanita dibunuh anak tiri guna cangkul kerana perebutan harta

Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas dibunuh oleh anak tirinya menggunakan cangkul dalam kejadian menyayat hati yang berpunca daripada pertikaian harta pusaka. Gambar hiasan.
Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas dibunuh oleh anak tirinya menggunakan cangkul dalam kejadian menyayat hati yang berpunca daripada pertikaian harta pusaka. Gambar hiasan.
A
A
A

MUZAFFARNAGAR – Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas dibunuh oleh anak tirinya menggunakan cangkul dalam kejadian menyayat hati yang berpunca daripada pertikaian harta pusaka di Kampung Nayagaon pada Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Raziya, manakala suspek yang juga anak tiri mangsa dikenali sebagai Alam.

Menurut pihak polis, suspek dan mangsa telah bertengkar mengenai isu pembahagian harta sebelum Alam bertindak ganas dengan 'mencangkul' leher wanita itu hingga mengakibatkan kematian serta-merta.

Ketua Polis Daerah Muzaffarnagar, Sanjay Kumar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada suami mangsa yang juga bapa kandung suspek.

“Kes telah didaftarkan di bawah beberapa seksyen Kanun Jenayah Baharu (BNS). Suspek telah berjaya diberkas tidak lama kemudian dan ketika soal siasat, dia mengaku melakukan pembunuhan tersebut,” katanya pada Jumaat.

Polis akhirnya berjaya memberkas suspek.-Agensi
Polis akhirnya berjaya memberkas suspek.-Agensi

Tambah beliau, cangkul tajam yang digunakan dalam kejadian turut berjaya dirampas dan kini dijadikan bahan bukti utama dalam siasatan.

Mayat Raziya telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Insiden ini menambah satu lagi episod menyedihkan berkaitan perebutan harta pusaka dalam kalangan ahli keluarga, yang dilihat semakin menjadi punca utama kepada tragedi pembunuhan domestik di negara itu.-Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!