Pengusaha ladang maut, isteri dan 2 anak selamat Hilux terbabas jatuh tebing

Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke lorong bertentangan sebelum jatuh ke bawah tebing di Jalan Felda Keratong 11 pada Khamis.
Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke lorong bertentangan sebelum jatuh ke bawah tebing di Jalan Felda Keratong 11 pada Khamis.
A
A
A

ROMPIN – Seorang pengusaha ladang sawit maut manakala isteri dan dua anaknya terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke bawah tebing di Jalan Felda Keratong 11, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Bakri Tukiman, 66, yang beralamat di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, isteri mangsa, W Sarina Ismail, 57, bersama dua anak mereka, Shazrul, 28, dan Nur Syuhada, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keadaan Hilux dinaiki empat sekeluarga yang terbabas jatuh tebing menyebabkan pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Keadaan Hilux dinaiki empat sekeluarga yang terbabas jatuh tebing menyebabkan pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki empat sekeluarga itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kota Bahagia menghala ke Felda Keratong 11.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan terjatuh ke bawah tebing.

“Ekoran kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!