Pendakwah selebriti terlibat amang seksual sudah didakwa mahkamah - Polis

Laporan Sinar Harian pada Ahad lalu. (Gamabr kecil: Siti Kamsiah)
Laporan Sinar Harian pada Ahad lalu. (Gamabr kecil: Siti Kamsiah)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendakwah selebriti yang didakwa terlibat dengan kes amang seksual sebagaimana didedahkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sudah dituduh di mahkamah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, sebanyak lapan laporan polis diterima membabitkan pendakwah selebriti berkenaan.

"Sebanyak tujuh kes berlaku di Pulau Pinang dan satu laporan di Kedah. Kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti itu di Pulau Pinang dalam perbicaraan ketika ini.

“Kesemua mangsa adalah remaja lelaki berusia antara 13 sehingga 16 tahun,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Siti Kamsiah berkata, kesemua pertuduhan terhadap pendakwah selebriti itu dibuat pada 2023, 2024 dan tahun ini.

Sebelum ini, Nurul Izzah menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook memaklumkan bahawa pendakwah terbabit menggunakan minat remaja lelaki itu sebagai ‘pintu’ untuk dirinya memulakan perbuatan keji.

Ujarnya, mangsa memberitahu pendakwah terbabit kemudiannya telah melakukan perkara tidak senonoh ke atas dirinya.

Berkongsi lebih lanjut, Nurul Izzah berkata, mangsa membuat laporan polis terhadap pendakwah terbabit selepas menerima gangguan seksual tersebut.

Bagaimanapun katanya, pendakwah selebriti berkenaan tidak berdiam diri sebaliknya menyaman keluarga mangsa dan meminta mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, Nurul Izzah memberitahu bahawa mangsa akan dilindungi dan keadilan bakal berpihak pada yang benar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!