Menteri tidak setuju serangan peribadi terhadap wartawan

***xyah post socmed

WhatsApp yang meminta supaya setiap kekeliruan atau masalah ditangani dengan penjelasan secara profesional.
WhatsApp yang meminta supaya setiap kekeliruan atau masalah ditangani dengan penjelasan secara profesional.
A
A
A

SHAH ALAM – Menteri Alam sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak bersetuju dengan serangan peribadi terhadap seorang wartawan wanita sebuah portal susulan laporan berita di luar konteks yang di tulis berkaitan kementeriannya baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan yang hantar melalui kiriman WhatsApp kumpulan kementerian berkenaan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu meminta supaya setiap kekeliruan atau masalah ditangani dengan penjelasan secara profesional.

“Yang Berhormat Menteri (YBM) tidak bersetuju dengan serangan peribadi kepada mana-mana wartawan.

“Silap faham, salah petik dari konteks sebenar dan rumusan tersasar adalah perkara biasa.

“Alam sekitar adalah agenda merentasi kaum, agama dan sempadan geografi,” katanya.

Tuan Ibrahim memberikan respon sedemikian susulan seorang wartawan sebuah portal menjadi sasaran perkauman dan gangguan di Facebook berikutan laporan yang ditulis mengenai kementerian itu sebelum ini.

Laporan berita itu berkaitan dengan sokongan Tuan Ibrahim terhadap aktiviti pembalakan di Kelantan.

Artikel Berkaitan: