Lori terbakar di Lebuhraya Karak

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran sebuah lori di Lebuhraya Karak pada Rabu. Foto ihsan JBPM Selangor
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran sebuah lori di Lebuhraya Karak pada Rabu. Foto ihsan JBPM Selangor
A
A
A

GOMBAK - Sebuah lori yang membawa muatan khemah terbakar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 7.24 pagi.

"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 35 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran sebuah lori di Lebuhraya Karak pada Rabu. Foto ihsan JBPM Selangor
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran sebuah lori di Lebuhraya Karak pada Rabu. Foto ihsan JBPM Selangor

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada jam 8.08 pagi, mendapati sebuah lori 10 tan membawa muatan khemah terbakar 90 peratus.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan lorong kiri dan tengah terhalang akibat kejadian terbabit serta hanya lorong kanan boleh dilalui.

Susulan itu, trafik di lokasi kejadian juga menjadi sesak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!