HONOR Magic V5 telefon boleh lipat ternipis di dunia

Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li (kanan) dan wakil HONOR Malaysia, Muhammad Jefri Shah Shahzali melancarkan telefon pintar HONOR Magic V5 dalam satu majlis pelancaran di sebuah hotel pada Selasa.
Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li (kanan) dan wakil HONOR Malaysia, Muhammad Jefri Shah Shahzali melancarkan telefon pintar HONOR Magic V5 dalam satu majlis pelancaran di sebuah hotel pada Selasa.
A
A
A

JENAMA teknologi global, HONOR dengan rasminya mengumumkan pelancaran telefon pintar boleh lipat ternipis di dunia, HONOR Magic V5 pada harga RM 6,999.

Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li berkata, peranti berkenaan kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 24 Julai ini dan menawarkan pakej hadiah eksklusif bernilai RM3,497.

"Walaupun harga HONOR Magic V5 kekal tidak berubah, HONOR memberi hadiah percuma yang lebih mewah sepanjang tempoh pra-tempahan, termasuk pembesar suara premium Harman Kardon Onyx Studio 9 bernilai RM1,299.

"Selain itu, HONOR Magic V5 turut didatangi dengan pelan perlindungan yang lebih baik iaitu perlindungan keretakan setahun dan jaminan kualiti dua tahun tanpa bimbang," katanya.

HONOR Magic V5 boleh didapati di pasaran pada harga RM 6,999.
HONOR Magic V5 boleh didapati di pasaran pada harga RM 6,999.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran HONOR Magic V5 di sebuah hotel pada Selasa.

Ujar Li, orang ramai juga boleh menukar beli telefon pintar, tablet atau komputer riba lama dengan HONOR Magic V5 di kedai HONOR Experience Store berhampiran dan boleh menikmati rebat tambahan bernilai RM400.

"Program tukar beli ini bermula dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2025 dan turut ditawarkan di cawangan Maxis, Senheng, Grand Senheng, SenQ, Urban Republic serta Harvey Norman terpilih.

Artikel Berkaitan:

"Lebih menarik, HONOR menyediakan pilihan pemilikan yang fleksibel kepada pengguna melalui pelan ansuran tanpa faedah selama 24 bulan, dengan komitmen bulanan hanya RM292," ujarnya.

Menurut Li, HONOR Magic V5 menawarkan peningkatan dari segi jangka hayat bateri, prestasi kamera dan daya ketahanan, mengatasi generasi telefon sebelumnya.

Kata beliau, peranti berkenaan hadir dengan bateri silikon karbon HONOR berkapasiti 5,820mAh, menawarkan kuasa lebih tinggi agar pengguna boleh menggunakannya sepanjang hari.

Tambahnya, kecekapan peranti tersebut dapat dipertingkatkan melalui integrasi cip kuasa E2 Power Enhanced HONOR, memastikan keselamatan unggul dan prestasi terma yang dioptimumkan untuk pengalaman pengguna yang boleh dipercayai dan lancar.

"Direka dengan penuh keanggunan, ketebalan HONOR Magic V5 apabila dibuka hanya 4.1 milimeter (mm), setanding dengan ketebalan duit syiling 50 sen, manakala beratnya 217 gram (g).

"HONOR Magic V5 turut memperkenalkan kemajuan besar dalam teknologi kamera, membawakan kamera telefoto periskop 64 megapiksel (MP) dengan zum 100x.

"Peranti ini turut didatangi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP, dan kamera swafoto 20MP, menangkap kejelasan yang menakjubkan, warna cerah, serta perincian yang luar biasa dalam setiap tangkapan," menurutnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V5, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!