HONOR Magic V5: Raja baharu telefon boleh lipat 2025

No Image Caption
A
A
A

Persaingan dalam pasaran telefon lipat kini kembali hangat apabila dua nama besar – Samsung dan HONOR, melancarkan peranti boleh lipat generasi terkini mereka secara hampir serentak.

Kedua-dua peranti ini, iaitu Samsung Galaxy Z Fold7 dan HONOR Magic V5, bukan saja menampilkan rekaan lebih nipis, tetapi juga peningkatan dari segi prestasi, jangka hayat bateri, dan pengalaman AI yang lebih pintar.

No Image Caption

Apa yang menarik, HONOR Magic V5 kekal pada harga RM6,999, sama seperti model sebelumnya, walaupun membawa naik taraf ketara. Sebaliknya, Galaxy Z Fold7 bermula pada RM7,799 (256GB) dan mencecah RM8,399 untuk 512GB; kapasiti yang sama seperti Magic V5.

Perang ketebalan: Bezanya cuma 0.1mm tapi impaknya besar

Galaxy Z Fold7 kini tampil dengan profil lebih nipis iaitu hanya 8.9mm apabila dilipat (berbanding Fold6 yang setebal 12.1mm) dan berat sekitar 215g. Ia merupakan model paling ringan dan nipis dalam barisan telefon lipat Samsung setakat ini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Tambahan pula, nisbah skrin luaran diubah daripada 23:9 kepada 21:9, menjadikan pengalaman penggunaan sebelah tangan lebih ergonomik.

Namun HONOR Magic V5 terus kekal sebagai telefon lipat ke dalam paling nipis di dunia, dengan ketebalan hanya 8.8mm — lebih nipis 0.1mm daripada Fold7.

Beratnya pula hanya 217g, tetapi dilengkapi dengan bateri 5,820mAh, sistem penyejukan grafena berlapis dan engsel tahan lasak. Kesemuanya disatukan dalam tubuh yang ultra nipis tanpa kompromi prestasi.

Kolaborasi bersama Google bawa Pengalaman AI lebih pintar

Magic V5 menggunakan skrin utama 7.95 inci dengan resolusi tinggi 2,340 × 2,156, kecerahan sehingga 5,000 nits dan kadar PWM 4,320Hz untuk keselesaan mata sepanjang penggunaan, sama ada di luar atau dalam tempoh lama.

No Image Caption

Namun keistimewaan sebenar Magic V5 terletak pada fungsi multitasking 3 skrin yang benar-benar dimaksimumkan dengan integrasi Google Gemini AI.

HONOR memperkenalkan sistem kerja pelbagai tetingkap yang disesuaikan dengan senario sebenar pengguna profesional.

Contoh penggunaan dalam mesyuarat:

• Tetingkap kiri: Aplikasi HONOR Notes mencatat nota dengan pengecaman suara berasaskan AI, kenal pasti suara penutur dan hasilkan minit mesyuarat automatik.

• Tetingkap tengah: Aplikasi komunikasi terbuka untuk kolaborasi segera.

• Tetingkap kanan: Gemini Live AI Assistant hanya perlu sebut, “Jadualkan pembentangan minggu depan” dan ia terus menganalisis jadual serta sinkron ke dalam Google Calendar.

No Image Caption

Dalam penggunaan harian, contohnya ketika merancang penataan semula ruang:

• Skrin kiri boleh digunakan untuk catat spesifikasi ruang.

• Skrin tengah menggunakan kamera Gemini Live untuk analisis visual susun atur ruang.

• Skrin kanan memaparkan aplikasi e-dagang seperti Shopee atau Lazada.

Berbanding itu, walaupun Z Fold7 dilengkapi Galaxy AI 2.0, ia masih agak konservatif dari segi integrasi multitasking dan fleksibiliti AI.

HONOR lebih ke hadapan dalam memanfaatkan kelebihan skrin besar dengan AI terbuka.

HONOR Magic V5: Lipat nipis tanpa korban fungsi

No Image Caption

Dengan ketebalan hanya 8.8mm, HONOR Magic V5 menetapkan standard baharu dalam dunia foldable. Tiada 'mangsa dikorbankan' pada ciri teras. Malah, ia menewaskan Galaxy Z Fold 7 dalam banyak aspek kritikal.

Sistem Penyejukan Gred Flagship:

Sistem Vapor Chamber dengan gabungan bilik wap ultra-nipis dan grafena menghasilkan kawasan penyejukan sehingga 19,000mm². Amat berkesan ketika gaming atau beban kerja tinggi dan ujian juga menunjukkan penurunan suhu yang jauh lebih stabil.

Prestasi Kamera Setaraf Flagship:

• Kamera utama 50MP dengan sensor besar 1/1.12 inci

• Kamera ultra-lebar 50MP

• Kamera telefoto periskop 64MP

Modul kamera hanya 3.2mm, namun hasil gambar setanding dengan flagship premium lain, semuanya hasil daripada teknologi “folded light path” yang inovatif.

Bateri Tahan Lama:

Magic V5 menggunakan bateri 5,820mAh jenis silikon-karbon, menawarkan 38% kapasiti lebih besar daripada Z Fold 7. Ia menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge yang mencapai 50% dalam hanya 15 minit.

Dalam ujian ketahanan, ia bertahan sehingga 15 jam penggunaan berat atas rangkaian 5G dan jauh mengatasi pesaingnya.

No Image Caption

HONOR Magic V5 adalah Raja Baharu Foldable 2025

Dengan ketebalan ultra nipis, ketahanan bateri luar biasa, sistem kamera gred flagship dan sokongan AI yang benar-benar praktikal, HONOR Magic V5 berjaya membuktikan bahawa telefon lipat tidak semestinya perlu berkompromi.

Ditambah pula dengan:

• Paparan mesra mata PWM 4,320Hz

• Engsel aloi titanium diuji 500,000 kali lipatan

• Integrasi penuh AI Google dengan 12 ciri pintar berasaskan senario pengguna

Magic V5 bukan sekadar telefon boleh lipat tapi ia adalah lambang kejuruteraan terbaik dalam pakej serba lengkap.

Untuk pengguna yang inginkan peranti berprestasi tinggi, nipis, tahan lama dan pintar, HONOR Magic V5 ialah pilihan paling ideal buat masa ini.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!