HONOR Magic V5: Peranti lipat ternipis di dunia tanpa sebarang kompromi!

HONOR sekali lagi membuktikan mereka berada selangkah ke hadapan dalam dunia peranti boleh lipat dengan pelancaran HONOR Magic V5; telefon pintar lipat tertipis dan teringan di dunia, tanpa sebarang kompromi dari segi prestasi, ketahanan mahupun ciri-ciri canggih.
Dalam era di mana sesetengah jenama terpaksa mengorbankan spesifikasi hanya untuk tampil lebih nipis, HONOR tampil berani dengan membawa kelainan.
Ternipis tapi terpaling ‘power’

Sebagai contoh, Samsung Galaxy Z Fold 7, walaupun tampil lebih nipis daripada model sebelumnya, terpaksa mengorbankan beberapa aspek penting demi mencapai ketebalan 8.9mm; termasuk kapasiti bateri yang lebih kecil (4400mAh), sistem penyejukan yang lemah dan kehilangan kamera telefoto. Pendek kata, lebih nipis tetapi banyak yang dikorbankan.
Berbeza dengan itu, HONOR Magic V5 bukan sahaja hadir dengan ketebalan hanya 8.8mm dan berat 217g, malah menyempurnakan gabungan gaya dan prestasi. Ia dipacu oleh Snapdragon 8 Elite Mobile Platform, cip pemprosesan paling berkuasa tahun ini, menjanjikan kelajuan serta kecekapan penggunaan tenaga yang tiada tandingan.
Kekal dengan bateri terbesar
Dari segi bateri, HONOR sekali lagi membuktikan keunggulan mereka. Magic V5 dilengkapi bateri Silicon-carbon berkapasiti 5820mAh, jauh mengatasi pesaing seperti Magic V3 (5150mAh) dan Z Fold 7 (4400mAh). Ini menjadikannya peranti lipat dengan bateri terbesar dalam badan paling nipis setakat ini.
Tambahan pula, peranti ini turut dilengkapi sistem pengurusan haba berskala besar dan canggih, memastikan prestasi sentiasa stabil walaupun dalam penggunaan intensif.
Tetap tahan lasak
Dari sudut ketahanan, Magic V5 menerima penarafan IP58 dan IP59, menjadikannya tahan debu dan air secara menyeluruh dan amat sesuai untuk gaya hidup moden yang aktif.

Ia juga menggunakan ENGSEL SUPER STEEL HONOR, direka untuk bertahan lebih 500,000 kali lipatan, cukup untuk digunakan lebih 13 tahun dengan 100 lipatan sehari. Satu bukti fizikal juga telah ditunjukkan melalui demonstrasi video 35kg dumbbell: Tonton di sini.
Skrin luaran pula dilindungi teknologi Anti-scratch NanoCrystal Shield, yang menjadikan ia 3× lebih tahan haus, 10× lebih tahan jatuh dan 15× lebih tahan calar berbanding peranti lain.
Skrin dalam pula menggunakan paparan Super Armored HONOR dengan bahan Non-Newtonian Fluid iaitu ia mengeras apabila berlaku hentakan serta lapisan perlindungan silikon tinggi dan sistem pengesanan objek asing pintar berasaskan AI.
Pengalaman fotografi kelas profesional

Dalam aspek fotografi, HONOR tidak ketinggalan. Magic V5 menampilkan sistem tiga kamera profesional: - 64MP kamera telefoto dengan OIS
- 50MP kamera utama ultra-sensitif
- 50MP kamera ultra-lebar, disokong oleh dua kamera hadapan 20MP untuk swafoto dan panggilan video yang tajam dan jelas.
Ini memberikan pengalaman fotografi kelas profesional dalam peranti lipat yang paling ramping.
Magic V5 ditawarkan dalam empat warna eksklusif: Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown, dan Black — sesuai untuk gaya hidup premium.

Pendek kata, HONOR Magic V5 bukan sekadar telefon lipat paling nipis, ia juga yang paling berkuasa, tahan lasak dan serba lengkap.
Peranti hebat ini telah menetapkan penanda aras baharu bagi telefon pintar boleh lipat dunia. Tiada lagi kompromi antara gaya dan prestasi. Kini, segalanya dalam genggaman anda.
HONOR Magic V5 bakal dilancar pada 15 Julai, harga rasmi akan diumumkan nanti.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
