Harga emas 999 cecah RM503, tertinggi setakat 2025

Harga emas 999 mencatatkan peningkatan RM7 berbanding RM496 segram pada Selasa. Foto hiasan
Harga emas 999 mencatatkan peningkatan RM7 berbanding RM496 segram pada Selasa. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Harga emas 999 dilaporkan melonjak ke paras tertinggi bagi tahun 2025, mencecah sekitar RM503 segram pada Rabu.

Public Gold menerusi kenyataan berkata, harga itu mencatatkan peningkatan RM7 berbanding RM496 segram pada Selasa.

Sementara itu, harga emas 916 hari ini turut mencatatkan nilai semasa sebanyak RM478 segram.

“Harga emas tertinggi tahun ini direkodkan pada hari ini (Rabu) dengan harga RM503 segram manakala harga emas terendah pula direkodkan pada 1 Januari 2025 dengan harga RM409 segram,” katanya.

Graf 30 hari Public Gold juga menunjukkan trend penurunan dan kenaikan harga secara harian.
Graf 30 hari Public Gold juga menunjukkan trend penurunan dan kenaikan harga secara harian.

Menurutnya, kenaikan harga emas tersebut sentiasa dikemas kini setiap hari pada jam 12 tengah malam mengikut pergerakan pasaran emas dunia.

Graf 30 hari Public Gold juga menunjukkan trend penurunan dan kenaikan harga secara harian.

Pergerakan dalam graf merujuk kepada harga yang ditetapkan oleh Public Gold pada setiap hari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!